THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, July 11, 2009

Segalanya Bermula

Sedar tak sedar,dah 2 minggu aku ada kat bumi UDM.Rase macm xpecaye pulak yg aku ade kat sini.Dulu aku penah jugak datang sini,tapi hantar kakak aku je la.Tapi 2 minggu lepas 2 kakak aku keluar,sebabnya kat sini die kene ambik subjek Bahasa Arab.Sebelum ni dia tak pernah pon belajar Bahasa Arab.Dan kini,aku menggantikan tempat kakak aku.Kalau boleh,aku tak nak jadi macam kakak aku,baru 2 minggu dah keluar dari UDM.Sayang kan..Di sini aku dapat kawan – kawan baru yang sering berada disamping ku tatkala aku gembira,berduka,dan segala macam perasaan.Kawan aku yang same kos dengan aku,dari Kelantan..aku lebih selesa memanggilnya dengan panggilan ‘Su’ je.Die dari Kelantan.Ade jugak yang dari Negeri Sembilan,namenye Linda @ Amoy sebb rupe die ala2 Cine sikit.Yela kot..huhuh..Aku ingat,perangai ‘gila-gila’ aku akan berhenti bila aku belajar kat sini,tapi bila aku dah berkawan dengan die,perangai aku macam kat sekolah dulu.Die selalu menghiburkan hati siapa – siapa je.Itu yang membuatkan aku senang barkawan dengan dia.Ramai lagi kawan-kawanaku tidak kira kawan baru atau lama,menasihati aku bila aku terasa diri aku ini terasa lemah sekali.Aku mula teringat pada seorang kawanku,Malihah.Die seorang kawan yang amat – amat bermakna bagi aku.Die selalu bantu aku xkira walaupun kami kini berjauhan.Die kini menyambung pelajaran di UIA,NILAI.Kadang- kadang bila aku sendirian,aku akan teringat gelak tawa kami sewaktu persekolahan dulu..Ahh..manisnya..Tidak mampu untuk aku lupakan saat manis aku dengannya.Kawan – kawan aku seperti Raihanah,Iffah,Fitriyah,Qyrza,Umairah,Basheerah,Nani,Nisa’,Asiah,Imran dan yang lain-lain,aku merindui mereka semua.Terlalu rindu..Namun aku di sini harus meneruskan perjuangan demi impian ibu bapaku..Walaupun aku tahu,terlalu sukar berpijak di atas kaki sendiri (berdikari).Di sini,aku kena pandai belajar menjaga diri sendiri kerna di sini tiada siapa lagi yang peduli tentang hidup aku melainkan teman – teman yang ada disini.Tapi,sejauh mana mereka mahu ambil peduli tentang diriku.Aku akui, diri aku ini terlalu lemah dalam menghadapi keadaan seperti ini.Aku memerlukan sebuah tunjang semangat yang kuat untuk aku menjadi seorang remaja Islam yang kuat dan tabah.Ingin aku bawa sebuah cerita pada kalian,ketika bermulanya kelas aku yang pertama pada 6.07.09.Pada hari itu,kelas Mutala’ah Wa Ta’abir.Pada mula-mula aku tak tau langsung ape maksud subjek yang aku akan belajar nanti.Aku tanye kepada kawanku Su,die pon jawab ynag Mutala’ah Wa Ta’abir ni macam kene buat karangan Bahasa Arab.Lepas dengar bermacam- macam penerangan dari Su,aku terus mengeluh.Setiap masa aku mengeluh sehinggalah tiba hari kelas tersebut.Sebelum ni di sekolah menengah,Malihah la yang sentiasa tunjuk ajar kan aku tentang Bahasa Arab ni,tapi kini die dah tak de kat sebelah aku.Aku dalam keadaan nervous 1 jam setengah dalam kelas tu.Pensyarah aku mintak,lepas ni dalam kelas die,kene cakap Bahsa Arab tak kira dalam macam mana keadaan pon.Aku rasa diri aku paling kerdil.Air mataku ingin gugur,namun ku tahan supaya tidak dilihat rakan-rakan yang lain.Sebelum keluar dari kelas,pensyarah kami minta kami buat 1 karangan tentang Usrati(Keluarga Saya) dan panjangnya mestilah 1 muka surat test pad.Keluar dari kelas,aku mengajak Su dan kawannya Mira ke library untuk membuat karangan sama – sama.Dalam library,lepas ambik kamus Bahasa Arab,aku tengok Su dan Mira lancar je buat tugasan yang pensyarah ktorang bagi..Tapi aku..??Terbangak- bangak macam orang x pernah belajar.Aku rase sedih sangat.Aku tengok je dorang buat keje 2,walaupun Amoy suruh aku ‘copy and paste’ je karangan dorang.Aku x nak buat macam 2 pada permulaan aku belajar sebab aku takot nanti aku terbiasa meng’copy2 ni.Petang 2 aku balik bilik,aku mandi dan sembahyang.Pukul 6.30 petang,aku besiap-siap turun nak berbuka puasa dengan Su,Amoy,Aina n Huda.Sampai di blok Amoy,aku duduk di pondok berdekatan sementara tunggu Amoy turun dari blok die.Dalam fikiran aku ni,masih ligat memikirkan tentang karangan arab yang harus dihantar pada hari Rabu.08.07.Sedang otak ligat memikirkan masalah karangan,aku teringat kawanku yang aku kenali semasa Kem Peningkatan Tarbiah(KPT).Namanya Ainal.Aku teringat kan die kerana dia selalu memberi kata- kata semangat kat aku.Lalu aku terus mengambil hp aku dan mula sms kat die tentang masalah yang sedang aku hadapi.Saat aku menekan punat- punat hp aku,terasa menitis air mata aku, tapi, cepat2 aku tahan kerana Amoy sudah turun dari blok die.Aku pon x tahu kenapa hari ini,aku berasa ingin menangis sepuas – puasnye walaupaun aku masih samar – samar mencari sebabnya.Selepas send mesej,aku dan kawan- kawanku bergerak ke café untuk membeli makanan dan minuman untuk berbuka puasa nanti.Aku beli nasi dan lauk ayam masak merah da n buger.huhu..kuat makankan..heheh..Aku dan kawan – kawan lain berbuka puasa di bilik Amoi sebab Blok die yang paling dekat dengan café memandangkan azan Maghrib akan berkumandang tak lame lagi.Tiba – tiba,aku lihat ada mesej baru aku terima.Aku lihat nama Ainal tertera di skrin hp ku.Aku tersenyum sebab aku memang menantikan mesej dari Ainal..Ainal mula menbaca balasan mesej dari Ainal,”Saat kekalahan itu bermula apabila kamu berasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula apabila kamu melawan rasa lemah itu.”.serta dibawahnya kata – kata nasihat2 yang lain.Aku xdapat menahan air mata, dan menunjukkan mesej yang baru aku bace sebentar tadi kapada Aina.Aku peluk Aina dan terus menangis.Kwan- kawanku yang laen Nampak kaget.Dorang mula pelik kenapa aku tiba- tiba menangis.Aina mula menceritakan masalah aku setelah dia habis menbaca mesej daripada Ainal.Amoy,dengan perangai gila – gilanya,mula memujuk aku dengar gelak ketawanya.Kawanku Su,aku dapat lihat riak bersalah di mukanya.Mungkin die ingat aku berkecik hati dengan die karana die tidak mengajar aku buat karangan Arab ketika di library petang tadi.Die mula memujuk aku.Selepasa beberapa minit,aku minta izin untuk ketandas untuk mencuci muka dan membasuh tangan kerana sebentar lagi azan Maghrib akan berkumandang.Keluar dari tandas,kawan – kawan ku masih memujuk ku.Perasan aku sudah reda ketika itu.Dan ketika itu juga,azan maghrib sudah berkumandang,kami pon berbuka puasa.Malam itu,aku cuba membuat karangan Arab tersebut.Ku cuba membuatnye dalam bahasa Melayu,kemudian baru aku translat kepade Arab.Tpi,x sampai separuh pon buat,aku mati akal.Aku cuba bukak balik karangan2 arab aku semasa sekolah mengah dulu,tapi masih tak dapat idea jugak.Lalu aku keluar ke bilik yang berhampiran dengan rumahku dan bertanya kepada siapa2 yang ada kamus B.Arab.Pencarian aku hampa.Aku balik kebilik ku semula dan mengemas kertas – kertas ku dan mula bersiap untuk tidur.Sebelum tidur,aku teringatkan Malihah.Aku berasa sedih.Dan air mata ku mula menitis kembali.Akumengambil hp ku dan mula menghantar mesej kapada Malihah dan meluahkan isi hati ku,Aku nyatakan yang aku amat merindui die.Tidak lama kemudian,mesej aku mendapat balasan.Dia juga membalas,bahawa dia juga merindui aku.Dan dia ingin bergelak ketawa denganku seperti di sekolah dahulu.Ahh…tak mampu aku membalas ape2 mesej kepada die kerana hati ku mula berasa sebak.Malam itu,selepas membaca Al – Fatihah dan doa tidur,aku terus tidur.Berharap supaya aku dapat meneruskan hidup untuk keesokkan harinya dan semoga dapat ketabahan dalam apa jua ujian yang aku terima serta berharap Allah sentiasa sentiasa disisi ku.

0 comments: